PRI-TI

(Amanah Takaful / Insurans)

PRI-TI adalah amanah yang dibentuk untuk polisi takaful/Insurans. Di mana pemilik polisi takaful/insuran melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai penerima hak melalui Penyerahan Hak Mutlak serta untuk bertindak sebagai pemegang amanah (“Pemegang Amanah”) untuk menerima wang takaful/insurans (“Dana Amanah”). Pemilik polisi juga menandatangani surat ikatan amanah untuk menetapkan terma dan syarat-syarat bagi pentadbiran Dana Amanah.

Tujuan Penyerahan Hak Mutlak adalah untuk memastikan bahawa Pemegang Amanah menerima Dana Amanah apabila pemilik polisi meninggal dunia atau disahkan tidak upaya kekal atau sebarang ketidakupayaan yang dilindungi oleh polisi serta membahagikan Dana Amanah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam surat ikatan amanah untuk manfaat pemilik polisi serta benefisiri yang ditetapkan.

Objektif PRI-TI

  • 01/

    Lindung

    Melindungi hak Pemilik Polisi dan ahli keluarganya.

  • 02/

    Kawal

    Pemilik Polisi boleh mengawal dan menetapkan penggunaan dan pengagihan Dana Amanah mengikut kehendak beliau.

  • 03/

    Urus

    Dana Amanah diuruskan dengan baik dan teratur oleh Syarikat Amanah yang berpengalaman.

Kelebihan Pri-TI

  • Memastikan bahawa Dana Amanah boleh digunakan untuk manfaat pemilik polisi apabila beliau disahkan tidak upaya kekal atau sebarang tidak upayaan yang dilindungi oleh polisi.

  • Dana Amanah akan diterima dan diuruskan oleh syarikat amanah yang berwibawa. Oleh itu penyalahgunaan Dana Amanah serta pecah amanah boleh dielakkan.

  • Dana Amanah boleh digunakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemilik polisi.

  • Dana Amanah tidak tertakluk kepada hukum Faraid dan pentadbiran pusaka. Ia berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat surat ikatan amanah.

  • Terpelihara daripada tuntutan pemiutang (tertakluk kepada Akta Insolvensi 1967).

  • Tidak perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut wang polisi takaful/insurans.

Contact Us

No. 26-1 Jalan S2 B16, Pusat Dagangan Centrio, Seremban 2 , 70300 Negeri Sembilan.

017-6666316

© Established since 2019. Proudly created by Sha'S Team.

Get in Touch
  • Facebook
  • Instagram
  • Email