PELAN - IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC

"Pendidikan yang terjamin adalah pelaburan terbaik anda."

BERIKAN MEREKA JAMINAN MASA DEPAN, SEKARANG.

Pendidikan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang. IKHLAS Education Takaful Plus ialah sebuah pelan yang mampu membantu anda memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah pendidikan anak anda.la juga menyediakan perlindungan seandainya anak anda meninggal dunia atau hilang upaya.

Pelan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur di antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda bolehlah merancang masa depan pendidikan mereka. Pelbagai pilihan fleksibel umur sijil matang disediakan kepada Peserta iaitu di antara 18 hingga 23 tahun.

MENGAPA IKHLAS EDUCATION TAKAFUL PLUS?

01/

Pengeluaran Tunai

Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada PIA setelah Sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya lima (5) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh Sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran seperti yang dinyatakan didalam sijil akan dikenakan ke atas PIA bagi setiap pengeluaran.

03/

Anugerah Kecemerlang Pendidikan

(Manfaat ini dijamin oleh Dana Khas)

Peserta yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian yang cemerlang peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, Sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Jadual manfaat anugerah adalah seperti berikut:

02/

Penambahan Kadar Sumbangan

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama Sijil berkuatkuasa, dengan Sumbangan tahun semasa adalah tidak tertunggak. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM 50 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam PIA Peserta.

SYARAT DAN HAD UMUR 

Umur Kemasukan 

Peserta

30 hari-12 tahun, umur pada harijadi akan datang,

lelaki/perempuan

Pemilik Sijil

18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang,  lelaki/perempuan

Had Perlindungan

Minimum - RM 10,000

Maksimum - RM 150, 000

Umur Matang

Sehingga umur Peserta 18, 19, 20, 21, 22, 23

Tempoh Perlindungan

Minimum - 6 tahun

Maksimum - 22 tahun

MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami memberikan keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah “kemudahan berurusan” dengan semua rakan perniagaan kami terutamanya - Pelanggan kami.

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami.Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

Tabarru’

derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah.

Wakalah

bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta.

Contact Us

No. 26-1 Jalan S2 B16, Pusat Dagangan Centrio, Seremban 2 , 70300 Negeri Sembilan.

017-6666316

© Established since 2019. Proudly created by Sha'S Team.

Get in Touch
  • Facebook
  • Instagram
  • Email